Pusat Rawatan Ikhtiar Darul Shifa’ atau singkatannya PURiDAS telah ditubuhkan hampir 30 tahun lepas. PURIDAS diasaskan oleh Tuan
Haji Uzip@ Othman bin Mohd al-Muhammady yang mendapat ijazah merawat dari Tuan Haji Kadir dan
ramai lagi guru-guru yang lain.
Diawal Penubuhan, PURIDAS hanyalah
beroperasi di rumah sebelum terbinanya sebuah Pusat Rawatan yang agak besar bagi
menampung para pesakit yang semakin hari semakin bertambah. Dengan terbinanya Pusat Rawatan tersebut, ia telah memberi keselesaan kepada pesakit/pengunjung yang datang.
Sehingga kini, PURIDAS telah menerima
lebih 50 ribu pesakit yang mengalami pelbagai penyakit dari pelbagai lapisan
umur samada lelaki dan perempuan. PURIDAS juga dikunjungi masyarakat dari
seluruh dunia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, India,
China, Mesir, Arab Saudi, Qatar, UAE, Jerman, US, UK dan pernah dijemput untuk
merawat pesakit di Scotland.
No comments:
Post a Comment