Friday, 20 July 2012

Selamat Tiba di Madinah

Alhamdulillah, baru dapat call dari ayahanda dan boda mengatakan bahawa beliau berdua selamat tiba di Madinah pada subuh... bersahur dalam perjalanan dari airport Jedddah ke Madinah.

Kepada yang mengenalinya, beliau telah menyampaikan salam kepada semua, doakan agar Haji Uzip dan Hajjah Fatimah dalam keadaan sihat untuk meneruskan iabadah di sana.

Amin Ya Rabbal Alamin..

Wednesday, 18 July 2012

PURIDAS DITUTUP SEMENTARA

Assalamualaikum WBT....
Untuk makluman semua pesait dan pengunjung, Pusat Rawatan Ikhtiar Darus Syifa' Kubang Durian Gelugor Kedai akan ditutup sementara berikutan Tuan Haji Uzip @ Othman Bin Mohd akan berangkat menunaikan umrah selama sebulan mulai 19 Julai sehingga 29 Ogos 2012.

Marilah sama-sama kita mendoakan agar beliau dan isterinya Hajjah Fatimah Binti Kadir selamat pergi dan pulang serta dapat menunaikan ibadah umrah dan puasa dengan jayanya.

Terima Kasih. 

Labbaikallahummlabbaik....



Tuan Haji Uzip@Othman Bin Mohd dan isteri Hajjah Fatimah Binti Kadir siap siaga untuk menunaikan umrah dan puasa ramadhan sebulan di tanah suci ....

Friday, 13 July 2012

Ahlan Ya Ramadhan

Kami di PURIDAS ingin mengalu-alukan kedatangan bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh kita semua umat Islam. Semoga amalan kita tahun ini dilipat gandakan seterusnya kita tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaqwa, IshaAllah.....

Tuesday, 13 March 2012

Pusat Rawatan ditutup Sementara

Assalamualaikum w.b.t ....

Untuk makluman semua pengunjung, Tuan Haji Uzip dan isteri berada di Mekah untuk menunaikan umrah selama 15 hari bermula 14 Mac sehingga 23 Mac 2012.

Oleh itu, Pusat Rawatan Ikhtiar Darus Syifa' akan ditutup sepanjang beliau berada di sana. Sama-sama kita doakan agar beliau selamat pergi dan kembali serta dapat menunaikan ibadat dengan jayanya.

Sunday, 5 February 2012

Selamat Menyambut Maulid al-Rasul

Kami di Pusat Rawatan Ikhtiar Darus Syifa' mengucapkan selamat menyambut Maulid al-Rasul.
Semoga kita semua sentiasa mengamalkan apa yang diajarkan oleh baginda Rasulllah SAW seterusnya menjadi umat yang amat menyayangi dan menyintai nabinya sepenuh hati.
Mudah-mudahan kita semua akan termasuk dalam golongan yang diberi syafaat oleh Rasulullah SAW di akhirat kelak.

من صلى على مرة صلى الله عليه عشر
barang sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, nescaya Allah Taala akan berselawat ke atasnya 10 kali

Thursday, 26 January 2012

Kaedah Rawatan


Kaedah rawatan yang diguna pakai adalah gabungan spiritual & Sains di mana para pesakit akan dinasihati terlebih dahulu mendapat khidmat nasihat Para Doktor Pakar sebelum dirujuk ke Puridas. Rawatan yang dijalankan akan menggunakan kaedah Ruqyat 100% ayat-ayat al-quran disamping Solat Hajat.Kebiasaanya Air Mineral, Air Zam-Zam akan digunakan untuk dijadikan minuman dan mandian selepas rawatan dilakukan.Kini Puridas Juga menggunakan MIZAM sebagai bahan perubatan dan pelbagai lagi bahan lain termasuk Madu Rijal & Madu Sauda khusus untuk suami & isteri yang berikhtiar untuk mendapatkan zuriat

Tuesday, 24 January 2012

Waktu Operasi


Hubungi Kami

Pusat Rawatan Ikhtiar Darus Syifa' (PURIDAS)
RAWATAN SPRITUAL & SAINS
Penyakit Rohani & Jasmani menurut al-Quran dan as-Sunnah

HJ UZIP@OTHMAN B. MOHD  AL-MUHAMMADY
B 99 Kg. Kubang Durian, Gelugor Kedai
20050 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman
Tel : +60139214107 | +60133504107







Lokasi

Bertempat di hadapan Masjid Kg. Kubang Durian Gelugor Kedai, 20050, Kuala Terengganu



Tuesday, 3 January 2012

Ayat Lembutkan Hati Anak/Suami/Isteri

Assalamualaikum w.b.t

Islam telah mengajar kita semua untuk mengamalkan segala yang ada di dalam al-Quran. Antaranya ada beberapa ayat-ayat yang boleh diamalkan untuk keharmonian rumahtangga seperti berikut :

1. Ayat 31 surah Aali Imran
 2. Ayat 83 surah Aali Imran


 3. Ayat 200 surah Aali Imran


Baca ayat berikut dalam bilangan ganjil samada 5, 7, 9, 11 atau seberapa banyak yang mampu dan hembuskan ke dalam air atau ke ubun2 anak2/isteri/suami. Mohon kepada Allah s.w.t semoga dilembutkan hati dan sebagainya... SELAMAT BERAMAL.

Monday, 2 January 2012

Pengasas


Pusat Rawatan Ikhtiar Darul Shifa’ atau singkatannya PURiDAS telah ditubuhkan hampir 30 tahun lepas. PURIDAS diasaskan oleh Tuan Haji Uzip@ Othman bin Mohd al-Muhammady yang mendapat ijazah merawat dari Tuan Haji Kadir dan ramai lagi guru-guru yang lain.
 

Diawal Penubuhan, PURIDAS hanyalah beroperasi di rumah sebelum terbinanya sebuah Pusat Rawatan yang agak besar bagi menampung para pesakit yang semakin hari semakin bertambah. Dengan terbinanya Pusat Rawatan tersebut, ia telah memberi keselesaan kepada pesakit/pengunjung yang datang.


Sehingga kini, PURIDAS telah menerima lebih 50 ribu pesakit yang mengalami pelbagai penyakit dari pelbagai lapisan umur samada lelaki dan perempuan. PURIDAS juga dikunjungi masyarakat dari seluruh dunia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, India, China, Mesir, Arab Saudi, Qatar, UAE, Jerman, US, UK dan pernah dijemput untuk merawat pesakit di Scotland.





Selamat Datang

Assalamualaikum w.b.t
Selamat datang kepada pengunjung blog Pusat Rawatan Ikhtiar Darus Syifa'. Kami menyediakan rawatan altenatif kepada sesiapa yang memerlukan. Sesungguhnya kami hanya berusaha dan Allah s.w.t sahajalah yang mampu menyembuhnya.